Daisypath Anniversary tickers

12 August 2010

pasal FT lagi

salam

sori lama x update blog.. nak kata bz.. xjugak..tapi sebenarnya malas... hehehe..

ok.. meh nak sambung balik pasal SECRETARIES' WEEK LUNCHEON 2010 FAIZAL TAHIR.. walaupon dah lame crite ni..mmm biarlah..mummy nak crite jugak.. sebelum aku start show aku tiba awal, aku pom g window shopping dulu.. aku pom masuk la kedai spek.. nak tengok2 dulu mane la tahu kot2 ade yang berkenang.. spek aku dh patah.. aku pom xtahu kene gapo.. salah letak ke atau damia yang patahkan..hehehe.. dok ralik2 dok test2.. ade la sale girl dok cakap.. ni ramai2 ni mesti nak g tengok FT ni.. kalu la aku ade sugar daddy, aku mintak dh sugar daddy aku belanja.. aku dengar pom nak marah..sebab aku nak marah bukan sebab aku ade sugar daddy tapi aku nak marah sebab mudah sangat die berkata2..murah sangat maruah mu dik.. tapi aku buat donno je, malas nak layan orang macam tu.. aku tengok jam, show dah nak mula.. baik aku naik RENAISSANCE HOTEL cepat2.. :) x jadi la beli spek.. FT punya pasal..

sebenarnya memamg best FT ni buat show..best giler.. tapi yang x bestnya..penontonnya x happening!! senyap tupah.. :( kat meja aku, aku sorang je terjerit2..yang lain mmmm wat bodo je.. asyik makan2..tau la demo bayar mahal2 nak tengok FT ni..tp sporting la sikit.. yang membuatkan aku geram, bile FT berinteraksi dgn penonton2.. senyap je.. FAN CLUB FT je riuh.. nasib baik ade FAN CLUB FT ni, kalu dok gok..mesti sunyi sepi.. alahai.. mmg korang x sporting..

Faizal Tahir memang best.. walaupom FT dendangkan 4@5 lagu.. (xingat brp jumlah lagu) aku puas hati walaupom tiket mahal.. padahal HB aku yang belanjakan..hehehe.. paling bestnya FT nyanyikan lagu kegemaran aku SAMPAI SYURGA.. mmg tidak mengkecewakan aku..mmg best FT nyanyi lagu tu..

01 May 2010

kembali bersemangat

aloo semua, waa aku tibe2 bersemangat untuk update kat blog ni.. bakpe tak tau... kekekeke..
pada 29.04.2010 aku gembira beb, sebab aku pegi SECRETARIES' WEEK LUNCHEON 2010.
2 minggu lepas sebelum secretaries week, kami pegi ke an-nisa' untuk temujanji dengan doktor pakar.. untuk mendapatkan suntikan susulan.. bila sampai kat an-nisa' ramainya pesakit menunggu giliran. bila sampai turn damia, doktor kene g bilik perbedahan pulok.. lama jugak kami dok tunggu.. oklah malas nak cerita pasal ni.. mmmm citer pasal secretaries week la pulok... hehehe
otw balik umah, aku terpandang kat papan iklan RENAISSANCE HOTEL... hah? FAIZAL TAHIR??? biar betul.. aku pom suruh hubby behenti kete tepi jap.. yaa, memang betul beb... "b cepat la call mummy nak g tengok FT ni.." hubby aku cakap " sampai umah la call" aku cakap " xmo la nak call skrg! last2 aku call sendiri. yeeeaaaaa dapat... hubby aku tanye bile secretaries week tu? aku cakap la pada 29.10.2010.. " mummy, ari tu papa kene g bandung".. aku tanye " abis mummy nak g dengan sape?" hubby cakap " ajak la sape2, ajak adek ke" aku diam... to be continue

Happy Labour Day....

26 April 2010

i'm back

salam,
aku kembali setelah beberapa bulan dop post sesuatu dalam blog ni.. kadang2 aku bersemagat untuk update, kadang2 malas..kekeke..
semenjak adanya damia dalam hidup aku...lengkap semuanya..nak update dalam blog pom dah xdop masa...ada masa untuk luangkan untuk bersama damia je.. dok main dengan damia x penah rasa puas, rase penat balik keje pom hilang...tu la penangan anak punya pasal.. nak update pasal lagi nih?? pasal damia boleh?? hehe damia semakin hari makin besar bodynya, makin cerdik.. kalu g makan kat restoran mesti bising sebab nak makan jugak apa yang kite makan.. sampai malu sebab anak dok jerit2 nak makanan..(" malu mummy tau")
ok, aku nak cerita pasal damia nak taska 2 bulan lepas... sebelum tu, damia anak mummy, mummy mintak maaf sebab mummy terpaksa tinggal damia kat taska... anak mummy tahukan yang mummy ni bekerja.. harap damia paham satu hari nanti.. hari pertama damia ke taska, seperti biasa damia menangis..mummy ingatkan seminggu je damia akan menangis.. tapi tidak, damia akan menangis berterusan..sampai mummy pom nak menangis.. mummy tak sanggup tengok damia nangis sampai macam tu skali... pagi2 naik je kete, damia stat nangis..otw ke taska koho selok..sampai taska meronta-ronta..
itu belum ada dalam taska lagi...yang mummy tahu, damia mesti menangis..bile mummy tanye pengasuh, diaorang cakap damia xnangis dah..tipu kan? boleh diaorang nak tipu aku.. naluri seorang ibu dapat merasakan sesuatu.. yelah aku tahu sape anak ku..
bile abis waktu pejabat, aku bergegas pegi ambik damia.. pasal damia menangis tu x payah critelah, still menangis lagi!! otw balik, damia happy sgt dalam kete..
tibe je kat umah, tak sampai setengah jam..damia kembali manangis dan mengamuk.. rupa2nya anak aku kelaparan!! pada mulanya aku ingatkan kat taska diaorang dah bagi damia makan, tidak rupanya.. hanya bagi sekali sehaja pada waktu lunch.. ini membuatkan aku naik hantu bin pontianak!! sampai ke papa pom aku marah..
memandangkan mak mertua aku yang syorkan taska tu, aku bersabar dulu.. tapi lama-kelamaan damia masih macam tu jugak.. damia susut berat badan!!! yang ni membuatkan aku naik marah.. dalam masa yang sama, boleh dikatakan setiap hari mak aku call aku tanye pasal damia.. bile mak balik tengok keadaan damia, aku ngan mak berbincang untuk cari pengasuh untuk damia..
ade satu umah tu, ok lah aku pegi tengok ngan mak, hb dan aku bawak sekali damia.. tp pengasuh tu cakap ade baby kecik sorang yang xhenti2 nangis, dia nak ngasuh damia tp takut xsempat nak cara baby kecik tu.. aku kecewa.. yelah, aku tengok anak2 nya pom sukakan damia..rumah dia pom bersih walaupom umah kayu. mase aku aku nekad nak cari bibik..
penah mak sedara aku mai umah tengok keadaan damia.. semua orang kalu tengok damia mesti tanye aku bkpe koho kurus... hehehe.. akhirnya mak sedara bersetuju pinjamkan bibik die untuk jaga damia buat sementara aku dapat bibik yang baru.. tq cuha :) sekian.. amin




14 December 2009

Bersalin secara cesarean

alooo...hari ni mummy nak cerita pasal bersalin secara cesarean..semua telah maklum kan yang i kan bersalin secara cesarean kan...hohohoho
mase pregnant dulu tak berpenah pom terlintas di fikiran yang akan branak secara cesarean ni..yelah, dulu mak melahirkan anak-anaknya semua secara normal walaupom ade kembar!! hebat kan???hehehe..sebab tu la mummy yakin dan pasti akan melahirkan baby secara normal.. last2 secara cesaraen...xpe la asalkan baby mummy selamat semuanya...amin...
so today mummy nak kongsikan pasal bersalin secara cesarean nie...jom baca
Jika anda mengambil epidural atau spinal untuk pembedahan cesarean, doktor anda akan memberi morfin untuk melegakan kesakitan untuk sehingga 24 jam. Setengah doktor akan membiarkan epidural berterusan selama 12 ke 24 jam selepas pembedahan untuk memberikan anda ubatan yang diperlukan. Apabila sistem regional analgesia anda tidak lagi memberi kelegaan kepada kesakitan, anda akan diberi ubat sakit sistemik iaitu pil yang mengandungi narkotik.

Anda akan merasa penat dan loya selepas pembedahan. Loya akan berlarutan sehingga 48 jam, tetapi anda akan diberi ubat untuk melegakan ketidakselesaan anda. Ramai juga yang akan berasa gatal terutama mereka yang menerima narkotik ketika epidural atau spinal. Jika ini berlaku beritahu doktor anda dan anda akan diberi ubat untuk melegakan rasa gatal tersebut
Jika anda bercadang untuk memberi susu badan, anda boleh mulakan selepas bersalin. Minta jururawat menunjukan cara penyusuan posisi ‘side-lying’ atau mengunakan ‘football hold’. Ini tidak akan memberi tekanan kepada tempat bedahan anda.

Anda mungkin akan berasa kebas dan sakit ditempat bedahan dan parut akan timbul sedikit, membengkak dan gelap dari kulit asal anda. Bersin, batuk dan lain-lain lagi yang menyebabkan tekanan pada kawasan perut akan menyebabkan anda berasa sakit pada mulanya. Tetapi lama-kelamaan anda akan berasa semakin baik dari hari ke hari.

Seperti mereka yang bersalin secara normal anda juga akan mengalami lelehan darah dari kemaluan (lochia) yang mengandungi darah dan tisu-tisu yang melekat pada dinding rahim anda. Jururawat anda juga akan mengajar anda untuk batuk atau senaman pernafasan untuk mengembangkan paru-paru dan membuang cecair yang terkumpul. Ini mengurangkan risiko pneumonia. Pastikan anda menggunakan tangan atau bantal untuk menyokong tempat bedahan apabila anda batuk(bersin atau ketawa juga).

Anda mungkin mengalami masalah angin 2 hari pertama. Angin terjadi kerana usus adalah lemah selepas pembedahan. Bangun dan bergerak akan membantu sistem penghadaman bergerak semula. Jika anda berada dalam keadaan sangar tidak selesa, ubat yang mengandungi simethicone akan diberi untuk mengeluarkan gas. Simethicome adalah selamat diambil ketika penyusuan badan.

Anda digalakkan untuk bangun dari katil pada hari pembedahan atau pada keesokan harinya. Tetapi jangan mencubanya seorang diri, pastikan jururawat berada dengan anda untuk kali pertama. Benarkan darah mengalir di kaki dengan cara mengerakkan kaki anda, memusingkan sendi dan bergerak atau meregangkan kaki anda. Pada hari kedua, anda perlulah berjalan sedikit dengan bantuan seseorang. Ini menolong pengaliran, membuat usus kurang lemah dan mengurangkan risiko berlaku darah beku. Bergerak adalah penting untuk anda pulih.

Selepas 3 ke 4 doktor mungkin akan menanggalkan sutures atau kokot. Hanya mengambil masa beberapa minit dan akan berasa sedikit cubitan tetapi tidak sakit.
Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit untuk beberapa minggu selepas pembedahan. (Jika anda menyusu badan jangan mengambil aspirin atau dadah yang mengandungi asid acetylsalicylic).

Minum dengan banyak supaya anda tidak mengalami sembelit. Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan termasuk kemerahan atau membengkak di tempat bedahan atau demam walaupun tempat bedahan kelihatan baik.

Pendarahan dan lelehan patut berhenti walaupun mengambil masa sehingga 6 minggu. Ia sepatutnya beransur tukar dari warna merah kepada merah cair dan kuning keputihan. Jika pendarahan seperti period berterusan selepas 4 hari atau datang semula selepas berkurangan hubungi doktor anda.

Anda perlu mendapatkan rehat yang mencukupi semasa di rumah. tetapi anda juga perlu bangun dan berjalan-jalan namun jangan keterlaluan. Mulakan secara perlahan-lahan dan tingkatkan aktiviti anda berperingkat. Elakan mengangkat benda berat lebih dari bayi anda untuk selama 8 minggu.

Dalam 6 ke 8 minggu dengan kebenaran doktor, anda akan boleh mula melakukan senaman yang sederhana. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk kembali ke bentuk asal.
Parut akan kelihatan timbul sedikit, membengkak dan gelap dari kulit asal anda, tetapi ia akan mengecut dalam masa 6 minggu. Bedahan adalah sepanjang 4 ke 6 inci panjang dan 1/8 inci besar. Apabila tempat bedahan semakin pulih, warna parut akan menghampiri warna asal kulit dan mengecil menjadi 1/16 inci besar. parut ini juga biasanya terletak dibahagian bawah perut.

29 November 2009

Hari Raya Haji 2009

semekom...selamat hari raya haji...



anakanda ku damia, pada hari raya haji tahun ni, mummy dan papa menunaikan ibadat korban termasuk akikah untuk damia sekali.. pagi-pagi lagi mummy dan papa mandikan damia..lepas papa solat semayang raya..kiter bergegas pula ke masjid kg pinang(kg kelahiran Ki Wan).. seperti biasa damia akan menangis bila di ambik manusia2 yang damia tidak kenali...hehehe..

09 November 2009

bina blog??

ramai orang bertanya kenapa wujudkan blog? untuk ape?? ape rasionalnya??? jawapku senang saje.. blog ni diwujudkan untuk tatapan dan bacaan kepada anakanda mummy. mummy nak anakanda tahu kisah kehidupan, renungan, kisah anakanda dari saat dilahirkan sehingga dewasa. mungkin bila mummy dah tua nanti, mesti ade mummy terlupa nak ceritakan detik-detik manis dan pahit.
bercerita tentang detik-detik manis, pada tarikh ini, damia, you are growing 3 mouth, 3 weeks and 4 days old damia dah pandai pegang botol susu sendiri.. tahniah anak mummy..

27 October 2009

damia

Ari ni damia dah boleh meniarap sepenuhnya tanpa bantuan sape-sape pom...yehh,damia dah berjaya..tahniah anak mummy...sebelum ni, damia pandai golek-golek badan je..cuma tangan damia je memerlukan bantuan untuk alihkan..kalu tak,damia xleh nak niarap..umur damia 2 bulan setengah dah boleh meniarap..dan bulan ni damia dah masuk 3 bulan..apa yang paling mummy gembira ari ni,damia dapat meniarap sepenuhnya tanpa bantuan mummy dan papa..sayang anak mummy..
Disebabkan damia dah pandai meniarap,papa membebel kalu damia letak je mengiring sikit je..damia terus nak bertiarap..hahaha..pot pet pot pet..papa dok bebel ke damia...