Daisypath Anniversary tickers

27 January 2008

:: HATI SEORANG WANITA ::

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala,LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan,biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibubapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

"Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari".

24 January 2008

TIPS BERGUNA dari PDRM elak kecurian

[Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia]
(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).
(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).
Source - Bukit Aman PDRM
Be Careful, Be Vigilant, Be Alert and Take Care. Be Good - Do Good - Think Good - Feel Good


Labels:kredit to :- Rickywan @ Bro Rick.

17 January 2008

:: 50 STEPS TOWARDS A GREAT MARRIAGE ::

1. Start each day with a kiss.
2. Wear your wedding ring at all times.
3. Date once a week.
4. Accept differences.
5. Be polite.
6. Be gentle.
7. Give gifts.
8. Smile often.
9. Touch.
10. Talk about dreams.
11. Select a song that can be "our song".
12. Give back rubs.
13. Laugh together.
14. Send a card for no reason.
15. Do what the other person wants before he or she asks.
16. Listen.
17. Encourage.
18. Do it his or her way.
19. Know his or her needs.
20. Fix the other person's breakfast.
21. Compliment twice a day.
22. Call during the day.
23. Slow down.
24. Hold hands.
25. Cuddle.
26. Ask for each other's opinion.
27. Show respect.
28. Welcome the other person home.
29. Look your best.
30. Wink at each other.
31. Celebrate birthdays in a big way.
32. Apologize.
33. Forgive.
34. Set up a romantic getaway.
35. Ask, "What can I do to make you happier?".
36. Be positive.
37. Be kind.
38. Be vulnerable.
39. Respond quickly to the other person's request.
40. Talk about your love.
41. Reminisce about your favorite times together.
42. Treat each other's friends and relatives with courtesy.
43. Send flowers every anniversary.
44. Admit when wrong.
45. Be sensitive to each other's sexual desires.
46. Pray for each other daily.
47. Watch sunsets together.
48. Say "I love you" frequently.
49. End the day with a hug.
50. Seek outside help when needed

Love Scope


16 January 2008

Cinta itu hadir dalam hati insan membawa seribu suka duka tangis tawa dalam hidup kita dan ujian cinta itu tak mungkin dapat kita jangka kerana kita manusia hanya merancang yang indah sahaja bila dugaan tiba kita sering kali tertanya tanya sehingga kini tiada jawapannya kita sering mengingati kenangan bersamanya manis pahit namun masih bersama sehingga kita matang suatu ketika perpisahan mungkin jalan terbaiknya kerana dari terseksa hidup bersama untuk menerima sekuntum cinta kita mesti sedar ia bukan hanya sebuah cinta yang indah tetapi di dalamnya terlalu banyak kisah gundah yang bisa membuatkan hidup kita resah gelisah tanpa kekuatan hati yang diterajui iman sukar untuk cinta bertapak dihati menjadikan hati taman nurani yang terindah....dalam hidup kita...

14 January 2008

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."Wallahualam

10 January 2008

Salam Maal Hijrah 1429H

Berkata Ibnu Hurairah "Setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umur ku, Semakin dekatnya ajal ku,
Semakin tipisnya waktu pengampunanku terhadap Allah, Semakin dekatnya hari Perhitungan ku...."
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1429 SEMOGA ALLAH AMPUNKAN SEGALA DOSA - DOSA YANG PERNAH, TELAH DAN SEDANG KITA LAKUKAN DENGAN SEBAB TERLUPA, SENGAJA ATAU JAHILNYA KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH DI MUKA BUMI INI.

09 January 2008

Kenapa Kita menyambut Maal Hijrah?

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat Harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Peristiwa-peristiwa penting:
* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
* 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

06 January 2008

Perasaan Selepas Bertunang??


ade seseorang tanyer saya "APA PERASAAN SELEPAS BERTUNANG?" saya pom jawapla semestinya hepi la kan..hubungan kami menuju ke arah perkahwinan..ini membuktikan saya dan tunang saya tidak main-main dalam perhubungan ini..

perubahan perasaan selepas bertunang tak dapat dilihat secara fizikal, tapi dapat dirasakan secara batin..xkan saya nak guling-guling kat lantai kerana hepi
huaa huaa...

::to Be Continue::

04 January 2008

engagement ceremony


finally saya telah selamat bertunang dengan pilihan saya sendiri...tO Be ConTinuE...


ok kiter continue...majlis ini saya buat kecik-kecik saja memadai hanya saudara mara yang terdekat sahaja yang hadir..to all my pren,sori la tak jemput pom korang,nanti bile saya kawen, saya tak lupenyer jemput korang semua k...paham-paham jelah engagement ceremony ni buat kecik-kecik jelah,tak kan nak buat macam kenduri kawen...mmm nanti pokai la aku...hehehe